The Shining Star
PANTUN JALUR GEMILANG :)
Wednesday, 27 June 2012, [0] Alien

Jalur Gemilang bendera bertuah
   Rakyat Malaysia berasa megah
Hidup bahagia tiada resah
   Kerana negara merdeka sudah

Jalur Gemilang lambang bersatu
   Merah, kuning, putih dan biru
Bulan bintang menghiasi penjuru
   Empat belas negeri menjadi padu

Di merata tempat megah berkibaran
    Lambang demokrasi dan kemerdekaan
Penuh kedaulatan dan kebebasan
    Seiring dengan semangat perpaduan

Putih dan merah suci berani
    Menyeru rakyat membangunkan negeri
Menentang musuh yg hasad dengki
    Mempertahankan negara setiap inci

Pelbagai bangsa berlainan bahasa
   Jalur gemilang menyatukan semua
Teguh, bersatu dan bekerjasama
   Tanda sepakat aman sentosa.

Labels:



MANAKAH PERGINYA SEMANGAT KEMERDEKAAN?


Hari kebangsaan negara yang ke-55 bakal disambut tidak lama lagi. Sesungguhnya kita sebagai warganegara Malaysia haruslah menyambut hari kemerdekaan kita ini dengan penuh semangat patriotisme. Namun apa yang menyedihkan ialah apabila suasana seluruh negara sunyi sepi tanpa kibaran Jalur Gemilang kecuali di pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah sahaja. Keadaan ini seolah-2 tidak bermakna kepada seluruh warga penduduk. Dimanakah perginya semangat kemerdekaan?

Erti kemerdekaan sebenar hanya dapat difahami mereka yang pernah melalui kehidupan serba kekurangan, perderitaan dan penghinaan di bawah pemerintahan penjajah suatu ketika dahulu. Apalagi bagi mereka yang turut berjuang membebaskan negara sama ada sebagai peniup semangat atau sekadar penyokong setia. Kaum perempuan tidak ketinggalan berkorban tenaga, masa dan harta. Dengan rela hati mereka menggadaikan barang kemas mereka bagi mencukupkan dana bagi membantu perjalanan rombongan Tanah Melayu ke England untuk merundingkan kemerdekaan. Begitu juga bagi rakyat yang berkesempatan berkumpul di Stadium Merdeka bagi menyaksikan detik bendera British diturunkan pada tanggal 31 Ogos 1957 dan turut melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kebanyakan mereka ini tentu terharu setiap kali tiba hari kemerdekaan dan menyambutnya dengan penuh kesyukuran.


Generasi hari ini sememangnya mudah melupakan kisah silam nenek moyang kita. Maklumlah, lahir sahaja terus dilimpahi keamanan, kekayaan dan kesenangan hidup. Manakan mereka tahu menghargai susah payah datuk nenek dan pejuang-2 terdahulu yang tumpah keringat dan darah demi memerdekakan tanah air ini daripada dibelenggu penjajah.

Lihat sahaja negara Palestin, rakyatnya yang menderita dan dizalimi sewenang-wenangnya. Kita juga mungkin begitu seandainya tanah tumpah darah kita ini masih dijajah pihak lain. Oleh itu, sedarilah bahawa betapa pentingnya kemerdekaan ini. Kita bertuah berbanding negara lain yang sering ditimpa bencana, mengorbankan beribu-2 nyawa dan memusnahkan harta benda.

Walau apa pun perkembangan politik kita dan ekonomi dunia yang turut memberi tempias kepada negara, kita mendoakan tanah air tercinta ini terus dilimpahi rahmat dan terpelihara daripada malapetaka dan sengketa. Kita perlu ingat masa depan anak cucu dan cicit kita, bukan setakat kehidupan hari ini sahaja.
Sekian. Thanks for reading :) Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. Merdeka! Merdeka! Merdeka!....


Labels:



LIRIK LAGU MALAYSIAKU GEMILANG :)


Marilah kita semua
Atas nama negara bangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia.. kebebasan kedamaian
Malaysia.. kebahagiaan kebanggaan
Malaysia.. cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

Labels:



/ Home

Disclaimer
Bonjour fellas


Hello, Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia, Vanekem :) Saya Jannahtul Adina. The writer of this blog. And proud to be Malaysian . Do read and take note of what i've wrote :)

ABOUT OUR M'SIA ENTRY

credits
big thanks

Edited by : Najmi Supian
Basecode : Iyra Monster
Another code : Kak Nazihah | Nauna Lettha